PKPD Kota Setar Kedah 11 September 2020 selama 14hari
PKPD Kota Setar yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan hari ini.
Isi Penting PKPD (Pentadbiran) Kota Setar :
1. Keluar Masuk Daerah dilarang
2. Kemasukkan Antarabangsa melalui Bukit Kayu Hitam juga dilarang
3. Masjid dan rumah ibadat lain diarah tutup
4. Semua aktiviti sosial dan budaya dilarang
5. Semua intitusi pendidikan dan kemahiran ditutup
6. Hanya premis perniagaan perkhidmatan perlu saja dibenarkan beroperasi
7. Perkhidmatan kilang perlu memohon kebenaran PDRM untuk beroperasi
8. Restoran makanan hanya dibenarkan untuk servis take away sahaja operasi 8 pagi - 8 malam
9. Waktu operasi klinik dan hospital dibenarkan 24 jam
10. Waktu operasi perniagaan Farmasi sehingga 8 malam sahaja
11. Stesen minyak dan kedai runcit (kawasan stesen minyak) boleh beroperasi sehingga 8 malam sahaja
12. Operasi pasar malam dan pasar tani tidak dibenarkan
13. Pasar Harian dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 2 petang
14. Hanya Ketua Keluarga dan seorang dari sesebuah rumah dibenarkan untuk keluar untuk membeli barang
15. Kenderaan yang membawa produk essential dibenarkan keluar masuk tetapi perlu kebenaran PDRM
16. Feri dari Kuala Kedah ke Langkawi tidak dibenarkan beroperasi
17. Kes Kecemasan atau kematian untuk keluar masuk daerah dibenarkan melalui kebenaran PDRM
#covid19
#covid19kedah
